METAL

Monday, July 15, 2013

SILVER BAR PERTAMA SAYA

 Ini merupakan silver bar atau jongkong perak yang mula-mula sekali saya beli dan jadikan sebagai simpanan saya.Segalanya bermula apabila saya membaca artikel-artikel di internet berkaitan perak ini. Jongkong perak ini merupakan hasil keluaran anak Malaysia. Oleh itu, harganya lebih berpatutan dan tidak dibeban dengan kos-kos lain yang banyak. Jongkong perak ini didatangkan dengan satu kad atau sijil ketulenan perak.Nombor siri pada kad adalah sama dengan nombor yang terdapat pada jongkong perak tersebut membuatkannya satu yang istimewa.





 Apa yang terdapat pada jongkong ini adalah nama syarikat pengeluar dan juga ketulinan jongkong ini iaitu mewakili logam perak huruf  Ag digunakan dan berketulinan perak sebanyak 999 dan berat jongkong ini adalah 250 gram.



Perkataan Assayer yang tertulis pada jongkong bermaksud ketulenan perak ini disahkan oleh mereka yang diiktiraf dengan kepakaran mereka dalam bidang ini.Tandatangan pihak pengesah ketulinan ini terdapat pada kad atau sijil jongkong ini.

Walaupun bagi mereka yang pertama kalai melihat jongkong perak ini agak sepertinya kurang cantik dan menarik...namun bagi saya memegang jongkong perak ini umpama mempunyai aura nya yang tersendiri.Mungkin mereka diluar sana yang belum pernanh merasa memegang jongkong perak boleh mencubanya jika ada peluang.

No comments:

Post a Comment