METAL

Sunday, September 15, 2013

Hanya 20 minit ber"MD" sebagai orang baru

Saya amat teruja kali ini sebagai "pendatang baru" dalam menggunakan alat Metal detector (MD).Baru-baru ini saya telah membeli sebuah peralatan MD berharga murah sebagai cubaan saya menceburi bidang baru ini.Bak kata orang...bermula dari bawah....nanti dah cukup pengalaman dan ilmu boleh lah membuat secara yang lebih serius lagi barangkali.



Sebagai permulaan ini,saya telah ke kampung saya di Selangor.Tidak jauh dari rumah keluarga saya ini ada sebuah tapak peninggalan rumah lama yang telah roboh dan sisa-sisa robohan tersebut telah pun dialihkan.Saya mengambil keputusan untuk ke sana kerana beberapa tahun lepas saya pernah menemui satu syiling lama negeri-negeri selat yang berupa syiling lama yang mempunyai gambar "queen" di syiling tersebut.
Objektif sebenar MD saya ini sebenarnya adalah bertujuan untuk mencuba "kekuatan" alatan MD baru saya yang berharga murah ini.Sejauh mana alat ini mampu mengesan logam.

Adalah penting bagi saya untuk mencari keserasian dengan alatan baru ini.Alatan MD ini bukanlah yang diimport atau dengan lain perkataan buatan dari luar,tetapi cuma alat yang dikeluarkan oleh anak tempatan di Selangor.Saya menemui peralatan ini melalui carian di internet yang membawa saya kepada individu yang membuat alatan MD ini.Saya tertarik kerana harga nya yang murah berbanding yang lain walaupun saya sedar mungkin ianya tidak lah sebaik alatan MD lain keluaran dari luar negara.Saya hanya memikirkan saya sebagai orang baru dan cuma mahu mencari pengalaman dahulu.

Aktiviti MD saya agak lewat bermula.Jam sudah pun menunjukan waktu menghampiri jam 12 tengahari.Namun saya meneruskan hasrat saya itu. Beberapa alatan ringkas yang lain saya bawa sebagai alatan bantuan jika diperlukan nanti.Antaranya pisau,cangkul kecil,sarung tangan dan juga cermin mata keselamatan.Apabila tiba dikawasan carian saya menghidupkan alatan MD saya dan menyelaraskan frekuensi bunyi dari alatan tersebut.

Setelah beberapa minit alatan MD saya mengeluarkan bunyi yang saya tunggu-tunggu....iaitu bunyi yang menunjukan alatan saya telah mengesan kehadiran logam di satu kawasan.Setelah menala ke tempat yang dikesan beberapa kali saya yakin dan menggunakan cangkul kecil untuk mengorek tanah yang agak lembut....setelah mengorek beberapa ketika cangkul telah terkena pada satu benda asing ,kemudian saya terus saja membuang sisa-sisa tanah dan mengeluarkan dua benda bulat nipis.

Saya meneruskan carian,kemudian bebrapa minit kemudian alat MD saya telah mengesan lagi sesuatu di dalam tanah.Kali ini saya mengorek dan membuang tanah yang agak dalam sebelum menemui benda yang agak panjang tetapi telah berkarat.

Setelah satu kawasan tapak rumah lama itu di selongkar akhirnya saya memberhentikan aktiviti saya.Gangguan nyamuk menyebabkan saya agak kurang selesa untuk memberi tumpuan kepada aktiviti saya.

Walaupun 20 minit namun saya telah mendapat secubit pengalaman dan ilmu yang amat berguna buat diri saya sebagai pendatang baru MD.Selepas ini saya akan mencari lebih banyak artikelo dan berita-berita berkaitan MD ini di internet dan orang perseorangan yang telah lama berkecimpung dalam MD ini.

Semoga saya terus berazam dalam hobi baru ini.
In Sha Allah

Monday, September 9, 2013

The Battle Of Poltava













Perth Mint Australia menggunakan teknologi pewarnaan miliknya sendiri, di mana warna itu sebenarnya dimeterai pada duit syiling.Warna bertenaga dan pelaksanaan yang tepat teknologi mewujudkan gambaran menakjubkan, potret penuh warna pada setiap syiling.






Pertempuran 1709 Russia dan sekutunya, Denmark-Norway, Poland-Lithuania, dan Saxony, dicabar Sweden untuk ketuanan di wilayah Baltik semasa Perang Utara Agung, berjuang dalam beberapa fasa antara 1700 dan 1721. Pertempuran tegas perang ini dekad lama berlaku di pusat bandar Ukraine pada 27 Jun, 1709. Di bawah Peter the Great, bercita-cita tinggi, pemodenan dan Tsar , Rusia mengalahkan tentera Sweden Raja Charles XII, di bawah arahan Marshal Carl Gustaf Rehnskiold. Peter the Great sendiri diperintahkan dengan 53,000 tentera, lebih daripada dua dan setengah kali 19,000 yang digunakan oleh Sweden. Sweden telah lebih terlatih dan lengkap. Pertempuran bermula pada 3:45 pagi, dengan mengatasi tentera Swedenberbanding syarikat Rusia . Setelah beberapa serangan hebat, Peter mengarahkan infantri untuk mara daripada kedudukan mereka. Dengan garis-garis panjang daripada Sweden, satu gerakan mengapitnya klasik telah dilaksanakan, dengan berkuda Russian menyerang Sweden sehingga barisan mereka telah ditakluki. dan  berundur. Diberitakan mangsa Sweden berjumlah kira-kira 9,000 orang, kira-kira dua kali ganda daripada Russia.

Tuesday, July 30, 2013

Stock Horse Silver Coin







Pihak Perth Mint telah mengeluarkan coin silver yang berupa haiwan seekor kuda yang menarik bagi 2013.Ia merupakan salah satu sejarah berkaitan penjajah yang tiba pada tahun 1788 dengan armada yang terawal.Kuda spesies Stock Horse ini telah diguna kerana kelasakannya merentasi kawasan-kawasan yang mencabar dan pedalaman yang luas di Australia.Kuda jenis ini terkenal dengan ketangkasan,tenang,kuat dan bagus dari segi ketahanannya.Kuda ini amat baik untuk ditunggang dan kerana itu ianya telah digunakan juga dalam sukan ekuestrian.
Silver ini berketulenan 99.9% perak dan didatangkan dalam 1 oz berserta sijil(kad).Ia dikeluarkan sebagai Legal Tender oleh Australia dangan belakangnya adalah gambar patung ratu Elizabeth II.

Wednesday, July 17, 2013

Gold Bar Pertama Saya




Apa khabar semua?
Kali ini saya ingin menceritakan tentang jongkong emas yang pertama kali saya miliki. Pasti ramai di luar sana sering membayangkan bahawa jongkong emas ini adalah besar dan berat.Tapi sebenarnya tidak.Ini kerana kita sering melihat jongkong yang kebiasaannya di miliki oleh pihak-pihak bank atau sesebuah negara yang di datangkan dalam saiz yang besar.
Sebenarnya pada masa ini boleh dikatakan setiap orang mampu memiliki jongkong emas yang berketulinan 999/999.9.Ini kerana telah ada syarikat-syarikat yang mengeluarkan jongkong/bar emas ini paling ringan iaitu 1 gram sahaja. 
Jongkong emas pertama saya miliki mempunyai keberatan sebanyak 10 gram seperti mana yang dapat anda lihat dalam gambar.Gold bar atau jongkong emas ini di keluarkan oleh syarikat yang sama di mana saya membeli perak.Jongkong ini juga didatangkan bersama sijil ketulinan dan nombor siri pada sijil yang sama terdapat pada jongkong.
Kesedaran masyarakat tentang pelaburan emas telah menarik banyak syarikat mengeluarkan produk-produk mereka.Menyedari tentang hal tersebut mereka memikirkan juga tentang kemampuan rakyat untuk memiliki emas dan kerana itulahlah wujudnya emas dalam berat 1 gram ini.
Bagaimanapun pada awal minat saya menyimpan jongkong emas ini masih sukar untuk mencari tempat-tempat yang menawarkan 1 gram jongkong emas ini.Namun pada masa ini pihak-pihak bank juga telah turut menawarkan jongkong emas ini dalam pelbagai berat dan masyarakat mampu memilikinya bergantung kepada kemampuan masing-masing.