Apa khabar semua?
Kali ini saya ingin menceritakan tentang jongkong emas yang pertama kali saya miliki. Pasti ramai di luar sana sering membayangkan bahawa jongkong emas ini adalah besar dan berat.Tapi sebenarnya tidak.Ini kerana kita sering melihat jongkong yang kebiasaannya di miliki oleh pihak-pihak bank atau sesebuah negara yang di datangkan dalam saiz yang besar.
Sebenarnya pada masa ini boleh dikatakan setiap orang mampu memiliki jongkong emas yang berketulinan 999/999.9.Ini kerana telah ada syarikat-syarikat yang mengeluarkan jongkong/bar emas ini paling ringan iaitu 1 gram sahaja.
Jongkong emas pertama saya miliki mempunyai keberatan sebanyak 10 gram seperti mana yang dapat anda lihat dalam gambar.Gold bar atau jongkong emas ini di keluarkan oleh syarikat yang sama di mana saya membeli perak.Jongkong ini juga didatangkan bersama sijil ketulinan dan nombor siri pada sijil yang sama terdapat pada jongkong.
Kesedaran masyarakat tentang pelaburan emas telah menarik banyak syarikat mengeluarkan produk-produk mereka.Menyedari tentang hal tersebut mereka memikirkan juga tentang kemampuan rakyat untuk memiliki emas dan kerana itulahlah wujudnya emas dalam berat 1 gram ini.
Bagaimanapun pada awal minat saya menyimpan jongkong emas ini masih sukar untuk mencari tempat-tempat yang menawarkan 1 gram jongkong emas ini.Namun pada masa ini pihak-pihak bank juga telah turut menawarkan jongkong emas ini dalam pelbagai berat dan masyarakat mampu memilikinya bergantung kepada kemampuan masing-masing.
No comments:
Post a Comment